KONSEP KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas
sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk
dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan
pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga
dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat
mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan.
Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun
dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.
Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by
participants (teachers, students or principals, for example) in social
(including educational) situations in order to improve the rationality and
justice of (a) their own social or educational practices, (b) their
understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in
which these practices are carried out.”
Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
“…a process in which individual or several teachers collect evidence and
make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in
order to understand and improve them”
Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi
juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan
dan sekolah.
Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik
darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu
sosial yang menganggu perkembangan pelajar.
KONSEP
KAJIAN TINDAKAN
Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada
secara individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui
tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan
mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu
serta situasi di mana amalan dilakukan.
Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian
tindakan iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian
tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial
bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan
dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang
amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.
Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan
suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha
untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis
mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.
McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan
untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan
dengan menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka
sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk
mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka
serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula
mendefinisikan kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang
melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendri sebagai penyelidik dengan
niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.
Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal
(guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan
proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.