Model : Model Kitaran
Kajian Tindakan Lewin
Buku ini menerangkan tentang model
yang digunakan untuk menjalankan kajian tindakan ialah kitaran yang dibangunkan
oleh Lewin (1946, in Cohen et.al 2000). Antara kitaran yang digunakan oleh
Lewin ialah :
- Merancang
- Bertindak
- Memerhati
- Merefklesi
1) Merancang
Sebelum merancang sesuatu langkah penambahbaikan, langkah yang perlu dilakukan ialah mengenal pasti isu utama yang menjadi fokus utama kajian. Mengenal pasti isu utama adalah untuk penambahbaikan ruang lingkup di mana mereka boleh memberi kesan perubahan dan mereka rasa bermotivasi untuk melakukan kajian.
2) Bertindak, Memerhati dan Merefleksi
Langkah ini digunakan untuk melihat bagaimana keseluruhan kitaran kajian tindakan boleh dijalankan secara praktis. Apabila fokus kajian telah dibuat, langkah seterusnya ialah untuk memilih apakah jenis tindakan yang akan dimulakan dan bagaimana untuk mengutip data berkaitan dengan tindakan ini. Contoh kaedah pengumpulan data ialah pemerhatian, temubual, rakaman video dan analisis dokumen. Prinsip utama dalam memilih alat pengumpulan data ialah semuanya mesti sesuai dengan tujuan yang dikehendaki dalam kajian ini.
No comments:
Post a Comment