title

TrUE LoVe NeVer DiES, iT oNLy gEtS StroNger WiTh TimE

Saturday, December 1, 2012

Konsep Kajian Tindakan


                                                     KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Kajian tindakan ialah satu proses yang dilakukan selepas pemerhatian ke atas sesuatu isu atau masalah berdasarkan data dan maklumat yang diperolehi untuk dijadikan sebagai panduan dalam proses penambahbaikan.
Kajian dilakukan adalah untuk menambah pengetahuan dan mengembangkan pengetahuan yang sedia ada berdasarkan penyelidikan yang dilakukan. Kajian juga dapat guru-guru mengenalpasti masalah atau isu yang timbul di samping dapat mambaiki kelemahan-kelemahan yang wujud dalam sesuatu masalah.
Selain itu, kajian tindakan juga dikenali sebagai penyelidikan gunaan. Masalah kajian tindakan ini boleh wujud dalam konteks bilik darjah ataupun dalam konteks persekitaran sekolah atau komuniti.
Carl & Kemmis (1986) berpendapat:
“Action research is a form of self-reflective enquiry undertaken by participants (teachers, students or principals, for example) in social (including educational) situations in order to improve the rationality and justice of (a) their own social or educational practices, (b) their understanding of these practices, and (c) the situations (and institution) in which these practices are carried out.”
 Gay & Airasian (2000) berpendapat kajian tindakan sebagai:
“…a process in which individual or several teachers collect evidence and make decisions about their own knowledge, performance, beliefs, and effects in order to understand and improve them”
Kajian tindakan bukan sahaja boleh dijalankan dalam konteks kelas tetapi juga dalam komuniti pendidikan dan komuniti yang berhubungan dengan pendidikan dan sekolah.
Creswell (2005) membahagikan kajian tindakan kepada dua jenis, iaitu:
i. kajian tindakan amalan (practical action research)
ii. kajian tindakan penyertaan (participatory action research)
Kajian tindakan amalan melibatkan peninjauan amalan guru dalam konteks bilik darjah. Manakala kajian tindakan penyertaan melibatkan kajian tentang isu-isu sosial yang menganggu perkembangan pelajar.

KONSEP KAJIAN TINDAKAN


Kajian tindakan merupakan satu kajian yang dilakukan oleh peserta sama ada secara individu atau kolobratif terhadap masalah mereka sendiri melalui tindakan atau perubahan bagi tujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan mereka sendiri di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan itu serta situasi di mana amalan dilakukan.


Selain itu terdapat juga definisi yang diberikan oleh tokoh dalam bidang kajian tindakan iaitu Kemmis & Mc Taggart (1988), menyatakan bahawa kajian tindakan merupakan satu bentuk inkuiri refleksi kendiri yang dilakukan secara kolektif, dilakukan oleh peserta lain yang berada dalam sesuatu situasi sosial bagi tujuan meningkatkan kerasionalan dan keadilan amalan-amalan kemasyarakatan dan pendidikan mereka sendiri, di samping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan itu serta situasi di mana amalan itu dilakukan.


Seterusnya, Ebutt (1985) pula memperkatakan bahawa kajian tindakan merupakan suatu pengkajian yang sistematik oleh sekumpulan pengamal terhadap usaha-usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pendidikan melalui tindakan praktis mereka sendiri serta refleksi terhadap kesan atau akibat tindakan tersebut.


McNiff (1988), telah mendefinisikan kajian tindakan sebagai satu pendekatan untuk memperbaiki atau mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui perubahan dengan menggalakkan guru-guru menjadi mebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia untuk mengubahnya. Ianya melibatkan guru dalam inkuiri yang dijalankan oleh mereka serta melibatkan guru-guru lain secara bersama.Bagi Somekh (1989) pula mendefinisikan kajian tindakan adalah satu kajian terhadap situasi sosial yang melibatkan peserta dalam situasi sosial itu sendri sebagai penyelidik dengan niat untuk memperbaiki kualiti amalan masing-masing.


Kember dan Gow (1992) menyatakan bahawa kajian tindakan melibatkan pengamal (guru) dalam mencuba membaiki pengajaran mereka melalui kitaran yang melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi.

No comments:

Post a Comment